Saturday, 29 June 2013

aLaHai.......

ASSALAMUALAIKUM.... :)

penatnya...homework pun belambak...kerja PBS pun tak siap lagi...harap-harap la ustazah tak bagi ceramah lagi...huhu...naya je...bila tengok meja..,macam kena puting beliung...bersepah-sepah walaupun try nak "KEMAS" kan sikit...hehe...



macam ni la kiranya...tapi tak lah seteruk ni....hish3...bila dah start wat homework tu,mulalah terasa nak makan macam-macam...nak minum air itu air ini..hehe..benda dah common dalam hidup...haha...sebenarnya banyak lagi homework tak siap..tapi saja nak release bosan menghadap homework...

ok lah,nak teruskan homework...ASSALAMUALAIKUM...

Friday, 28 June 2013

FoR tHiS MoNdAy....

ASSALAMUALAIKUM...

sorry kengkawan sebab lupa nak update status awal2..alright,for this monday,kita akan buat Kisah Siapa Lebih Bijak?..



Siapa Lebih Bijak.


Pada zaman dahulu,ada seorang pengembara bernama Mat Lawi...Pada suatu hari,dia tiba di Kampung Manggis...Di kampung itu,terdapat dua orang budak yang nakal bernama Hassan dan Hussin...Mereka berkawan baik...Apabila terlihat mereka akan Mat Lawi,Hassan berkata,

Hassan: Itu nampaknya orang luar...Mari kita kenakan dia...

Hussin: Kita ajak dia lawan bercerita...Kalau dia kalah,kita boleh dapat semua wangnya...

Hassan: Bagaimana kalau kita pula yang kalah?

Hussin: Mana mungkin kita kalah...Kita ini Hassan dan Hussin.Betul tak?

Hassan: Ah,betul juga...Mari kita kenakan dia.

Mereka pun menghampiri Mat Lawi...

Hussin: Kalau pak cik boleh bercerita dan kami mengatakan cerita itu bohong,kami akan mengikut semua arahan pakcik...

Hassan: Dan kalau kami bercerita dan pakcik mengatakan cerita kami bohong,pak cik akan serahkan semua wang pak cik kepada kami.Setuju?

Mat Lawi berfikir sejenak.

 Mat Lawi: Baiklah...Mari kita mulakan...

Hassan : Saya akan mulakan dahulu...Sewaktu ibu mengandungkan saya,ibu mengidam ingin makan buah nangka...Saya pun keluar dari perut ibu lalu membeli buah nangka dan memberikannya kepada ibu...

Mat Lawi: Ya,cerita itu benar...

Hussin: Saya pula..Saya pula...Semasa berumur seminggu,saya masuk ke dalam hutan dan berjumpa seekor harimau...Lalu saya melompat ke atas tengkok harimau tersebut lalu mematahkan tengkuknya...

Mat Lawi: Wah,tentulah benar!

Hassan dan Hussin sudah mula berpeluh...Kemudian Mat Lawi memulakan ceritanya...

Mat Lawi: Sekarang giliran saya pula bercerita...Tidak lama dahulu,ada dua orang pemuda menjadi hamba di rumah saya...Baru-baru ini,mereka lari dari rumah saya...Saya mengembara ke sini mencari merekalah...Rupa-rupanya,mereka lari ke kampung ini...Mereka itu kamu berdualah!

 Hassan: Pak cik bohong...Kami tidak pernah menjadi hamba pakcik...

Mat Lawi: Ha ha ha!!! Kamu mengaku bahawa cerita pakcik ini bohong,maka kamu mesti pulang ke rumah pakcik dan menjadi hamba semula...

Hassan & Hussin: Maafkanlah kami pakcik...Kami berjanji tidak akan buat kacau dan degil lagi...

             THE END....

p/s = ok tak?kalau korang tak setuju,atau nak buat apa-apa perubahan sila comment ya...hehe...and sorry again..MORAL OF THE STORY kita bincang kat sekolah ea??

BYE & ASSALAMUALAIKUM... :)